Anjing Ryukyu
Anjing Ryukyu[a] ialah satu baka anjing Jepun bersaiz sederhana terancam Jepun yang peribumi di Okinawa dan di Pulau Ishigaki.[1][2] Terdapat sesikit-sikitnya 400 ekor anjing Ryukyu setakat tahun 2015.[perlu rujukan] Tidak seperti anjing seperti anjing Kai, anjing Ryukyu tidak dilindungi oleh Nihon Ken Hozonkai, tetapi sebaliknya dilindungi oleh Ryukyu Ken Hozonkai.[3] SejarahAnjing Ryukyu berasal dari Okinawa. Baka ini pada asalnya digunakan untuk menjejak dan menahan babi hutan Ryukyu secara berkawanan dan jarang pula memburu burung.[1] Kebanyakan sejarah anjing Ryukyu telah dimusnahkan dan dihilangkan. Maka, sejarahnya sangat jarang. Anjing Ryukyu baka tulen disangkakan pupus selepas Perang Dunia Kedua kerana kekurangan makanan dan pembiakbakaan silang dengan anjing Barat. Pada awal tahun 1980-an, Yoshio Aragaki, pengasas Ryukyu Ken Hozonkai, merasakan keinginan kuat untuk menyelamatkan baka ini apabila beliau berjaya menemukan anjing Ryukyu baka tulen di Yanbaru.[perlu rujukan] Ada kepercayaan bahawa tempoh bertahun-tahun di hutan hujan menjadi sebab kehadiran kuku embun di belakang kaki pada anjing Ryukyu, yang membolehkannya memanjat pokok. Telah ada spekulasi bahawa ini menguntungkannya secara evolusi kerana kekerapan tinggi tsunami di Okinawa; ia dapat memanjat pokok dengan cepat untuk mengelak kebanjiran. Walau bagaimanapun, ini tidak mungkin benar kerana hanya sebilangan kecil anjing Ryukyu benar-benar mempunyai kuku embun belakang berfungsi. Persatuan pemeliharaan memandang kuku embun sebagai imbauan kembali dari ratusan tahun lalu semasa anjing adalah lebih dekat secara genetik dengan serigala dan bahawa cakar tersebut digunakan dengan lebih kerap untuk memperlahankan diri apabila berlari.[4] Anjing Ryukyu ditetapkan sebagai monumen semula jadi bagi Wilayah Okinawa pada tahun 1995.[5] Beberapa kegiatan pemeliharaan berlangsung untuk anjing Ryukyu di Jepun. Di Miyakojima, pertubuhan bukan untung "Lavida" mula melindungi baka ini pada tahun 2010 dan menghasilkan 15 ekor anak anjing pada tahun 2017.[6] Kegiatan pemeliharaan juga berlangsung di Sekolah Tinggi Chubu Norin, bilamana pelajar tahun kedua membantu untuk memelihara anjing Ryukyu baka tulen.[3] Pada tahun 2013, pameran yang bertemakan haiwan asli Lengkok Ryukyu dibuka. Anjing Ryukyu ialah antara haiwan yang dipamerkan.[7] PenampilanAnjing Ryukyu ialah baka anjing Okinawa bersaiz sederhana. Ia sangat serupa dengan anjing Kai dari segi penampilan, tetapi secara genetik adalah lebih dekat dengan anjing Hokkaido[8][2][9]:21 Piawaian bakaAnjing Ryukyu buat masa ini tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel, termasuk Japan Kennel Club; walau bagaimanapun, Ryukyu Ken Hozonkai telah mengeluarkan piawaian baka ini untuk anjing Ryukyu.[10]
Warna dan lapis buluAnjing Ryukyu terdapat dengan sembilan warna: lima warna asli dan empat warna beriktiraf lebih baharu. Warna asli merupakan:
Warna rasmi lebih baharu merupakan:
Anjing Ryukyu ialah anjing berlapis bulu pendek yang mempunyai keragaman berlapis bulu tunggal dan berlapis bulu ganda. Walau bagaimanapun, seperti anjing Akita, ia membawa gen lapis bulu panjang secara resesif. PerangaiAnjing Ryukyu diperihalkan sebagai anjing pendiam yang mampu berburu secara berkumpulan atau bersendirian. Ia tangkas, berani, dan tidak sensitif. Ia merupakan pemburu semula jadi dan mempunyai dorongan pemangsa tinggi. Walaupun sebagai anjing pemburu, ia patuh, suka bermain, dan baik dengan kanak-kanak. Ia tidak boleh dipercayai di sekeliling haiwan kecil, tetapi biasanya baik dengan kucing jika diperkenalkan awal-awal. Ia dapat menjadi ahli pelarian diri dan mempunyai kebolehan panjat menakjubkan, terutamanya yang mempunyai kuku embun belakang berfungsi, iaitu yang dapat memanjat pokok menegak. Ia sangat pintar dan memerlukan banyak rangsangan mental serta rangsangan fizikal.[perlu rujukan] Walaupun dibiakbakakan, dibesarkan, dan digunakan sebagai anjing pemburu selama bertahun-tahun, ia telah diperihalkan oleh Ryukyu Ken Hozonkai sebagai anjing unggul untuk kerja anjing terapi kerana perangai tenang dan tenteram apabila dilatih dengan betul; walau bagaimanapun, oleh sebab dorongan pemangsa tinggi, ia tidak sesuai untuk kerja bantuan orang kurang upaya.[perlu rujukan] Susur galurTerdapat dua susur galur berlainan anjing Ryukyu, iaitu susur galur Yanbaru dan susur galur Yaeyama. Walaupun sama baka, terdapat perbezaan halus antara kedua-dua susur galur. Anjing Ryukyu daripada susur galur Yaeyama adalah kerap lebih besar. Sebagai contoh, jantan daripada susur galur Yaeyama kerap berpuratakan ketinggian 49.6 cm (19.5 in) pada paras kelasa, sementara jantan daripada susur galur Yanbaru berpuratakan ketinggian 46.3 cm (18.2 in). Anjing susur galur Yaeyama juga cenderung untuk mempunyai tubuh lebih panjang dan dada lebih dalam berbanding dengan anjing susur galur Yanbaru.[perlu rujukan] Ryukyu Ken Hozonkai telah mengeluarkan pernyataan yang menasihati orang ramai supaya tidak membiakbakakan anjing susur galur Yanbaru dengan anjing susur galur Yaeyama buat masa ini sebagai strategi pemeliharaan.[perlu rujukan] Ryukyu Ken HozonkaiRyukyu Ken Hozonkai ("Persatuan Pemuliharaan Anjing Ryukyu") ialah kelab baka untuk anjing Ryukyu. Kelab ini diasaskan pada 1 April 1990 oleh Yoshio Aragaki dan merupakan satu-satunya kelab baka anjing Ryukyu dan satu-satunya pertubuhan yang mengiktiraf anjing Ryukyu setakat ini. Persatuan ini telah menjadi tidak aktif dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi kelab ini masih aktif di Okinawa dan di sekeliling Okinawa. Sehingga tahun 1993, tiga tahun selepas pengasasan kelab, terdapat 134 ekor anjing Ryukyu yang berdaftar.[8][3] Sebagai strategi pemeliharaan dan kepelbagaian genetik, kelab ini buat masa ini mempunyai buku pembaka terbuka dan mendaftarkan anjing berdasarkan merit jika memenuhi piawaian baka. KesihatanAnjing Ryukyu, seperti semua baka anjing Jepun, mempunyai agak sedikit isu kesihatan. Keadaan kesihatan untuk anjing Ryukyu tidak didokumenkan dengan baik kerana budaya pembiakbakaan anjing di Jepun dan di Okinawa. Pembiak baka Barat bagi anjing Ryukyu digesa agar menguji anjing untuk displasia pinggul, displasia siku, kehelan tempurung lutut, glaukoma, anomali mata collie (CEA),[11] dan hipotiroidisme. Pembiakbakaan dalamSalah satu isu kesihatan terbesar pada anjing Ryukyu ialah pembiakbakaan dalam. Anjing ini telah pun terselamat daripada satu peristiwa kepupusan hampir dan kesemua anjing Ryukyu semasa merupakan keturunan daripada kawanan kecil dari tahun 1980-an. Pada kemuncaknya, anjing Ryukyu mempunyai kira-kira 1,500+ individu pada tahun 2005, tetapi ini menurun kepada hanya 400 individu pada tahun 2015. Oleh sebab penurunan kedua dari segi populasi, pencarian dua individu yang hampir sepenuhnya tidak berkaitan adalah sangat sukar dan, oleh yang demikian, risiko pembiakbakaan dalam adalah tinggi. Untuk mengatasi ini, Ryukyu Ken Hozonkai telah mula mendaftarkan anjing "berdasarkan merit" jika anjing berkenaan memenuhi piawaian baka dan masih terus melakukan ini.[perlu rujukan] Anjing Ryukyu terkenalKai (海) ialah seekor anjing Ryukyu sangat terkenal di Okinawa yang tinggal di Okinawa World.[12] Pada 2 Februari 2019, Kai bersara daripada kehidupan di mata umum selepas mencapai usia 16 tahun, untuk tinggal di bahagian sunyi di bengkel. Ia digantikan oleh seekor anjing Ryukyu betina yang dipanggil Sora.[13] Ume (ウメ) ialah seekor anjing Ryukyu brindle merah sangat cerah, hampir berwarna perang kekuning-kuningan, yang tinggal di Zoo dan Muzium Kanak-kanak Okinawa. Ume mati pada 29 Ogos 2018 pada usia 13 tahun. Zoo Okinawa mengumumkan kematiannya pada 1 September di Facebook.[14] Lihat jugaCatatan
Rujukan
|