Anjing Lap Sweden atau lapphund Sweden[a] ialah satu baka anjing daripada jenis spits dari Sweden, salah satu daripada tiga baka anjing Lap atau lapphund yang dikembangkan daripada sejenis anjing yang digunakan oleh orang Sami untuk penggembalaan dan penjagaan rusa kutub mereka. Ungkapan "sang jelita hitam Norrland" sangat kerap diatributkan kepada lapphund Sweden yang paling berkemungkinan merupakan salah satu baka tertua Sweden.
Zuriat
Baka ini tergolong di bawah sub-kladDNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[1][2] Subklad d1 berasal "paling lama dari 480–3,000 tahun lalu" dan ditemukan pada semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing Jämtland, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia.[3]
Perihal
Seperti semua anjing spits pada umumnya, anjing Lap Sweden memerlukan pengasuhan stabil dan rangsangan mental dan fizikal nalar untuk berprestasi terbaik. Sebagai anjing pekerja, ia menunjukkan keserbagunaannya di sebilangan bidang berlainan. Banyak anjing berjaya bersaing dalam disiplin yang sangat berlainan seperti kepatuhan, ujian ketangkasan anjing, pertandingan kerja, gaya bebas/heelwork menurut muzik, rally obedience, dan penjejakan darah. Anjing Lap Sweden juga dapat menyertai acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Lapphund yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[4]
^Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław Zbigniew; Malyarchuk, Boris Arkadyevich; Grzybowski, Tomasz (16 Julai 2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris" [Pangkalan data genom mitokondrion lengkap dan sistem pengelasan terpiawai untuk Canis lupus familiaris]. Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. ISSN1878-0326. PMID26218982. S2CID27345931.
^Klütsch, Cornelya F. C.; Savolainen, Carl Peter Olavi (18 Januari 2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial dna haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in scandinavia" [Kehadiran serantau, kekerapan tinggi, tetapi kepelbagaian rendah bagi kelompok haplo d1 DNA mitokondrion mencadangkan penghibridan anjing–serigala baru-baru ini di Skandinavia]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 6 (1): 85. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035. ISSN1878-7517. S2CID86008047.
^Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN9781577791065. OCLC456420606.