XML
XML (Extensible Markup Language, dalam bahasa Melayu Bahasa Penanda Boleh Perluas) ialah sebuah bahasa penanda yang disyorkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) untuk kegunaan umum dalam format yang boleh dibaca manusia dan boleh dibaca mesin. Ia didefinisikan dalam XML 1.0 Specification[1] yang dikeluarkan W3C, dan beberapa spesifikasi berkaitan yang lain, [2] yang kesemuanya piawai terbuka percuma.[3] Sasaran reka bentuk XML menitikberatkan kesenangan penggunaan, keitlakan, dan kebolehgunaan menerusi Internet. [4] Ia merupakan format data teks yang mempunyai sokongan kuat bagi bahasa-bahasa dunia melalui Unicode. Kendatipun reka bentuk XML tertumpu kepada dokumen, ia digunakan secara meluas bagi penggambaran struktur data sebarangan yang terdapat, misalnya, dalam perkhidmatan web. Berbeza dengan bahasa penanda lain seperti HTML, ia tidak melakukan apa-apa selain menyimpan data. Dalam kata lain, XML tidak memaparkan data, sebaliknya memegang data. Istilah pentingBahan yang ditampilkan di bahagian ini berlandaskan Spesifikasi XML. Ia bukan senarai menyeluruh kesemua binaan yang terdapat dalam XML dan hanya menunujukkan binaan-binaan penting yang sering ditemui dalam penggunaan seharian XML. use.
Aksara dan lepasanDokumen XML terdiri sepeunuhnya daripada aksara set Unicode, dan melainkan beberapa bilangan kecil aksara kawalan, semua aksara yang didefinisikan oleh Unicode boleh hadir dalam dokumen XML. XML includes facilities for identifying the encoding of the Unicode characters that make up the document, and for expressing characters that, for one reason or another, cannot be used directly. Aksara sahTitik kod Unicode dalam julat berikut sah dalam dokumen XML 1.0:[5]
XML 1.1[6] melanjutkan set aksara yang dibenarkan: di atas serta aksara dalam julat U+0001–U+001F. Pada masa yang sama, ia mengehadkan penggunaan aksara kawalan C0 dan C1 selain daripada U+0009, U+000A, U+000D, dan U+0085 dengan memerlukan kod-kod tersebut ditulis dalam bentuk lepasan by requiring them to be written in escaped form (misalannya, U+0001 perlu ditulis sebagai  ataupun kod yang setara). Dalam kes aksara C1, hambatan ini merupakan keserasian kebelakang; ia diperkenalkan bagi membolehkan ralat pengekodan dikesan. Titik kod U+0000 merupakan satu-satunya aksara yang tidak dibenarkan dalam apa jua dokumen XML 1.0 ataupun 1.1. Mengesan pengekodanSet aksara Unicode dapat dikodkan ke dalam bait bagi penstoran atau penghantaran dalam beberapa cara yang digelar "pengekodan". Unicode sendiri mendefinisikan pengekodan yang merangkumi seluruh repertoir; yang terkenal termasuklah UTF-8 dan UTF-16.[7] Terdapat banyak lagi pengekodan teks yang mendahului Unicode, ASCII dan ISO/IEC 8859; dalam hampir semua kes, repertoir aksara kod-kod ini merupakan subset repertoir aksara Unicode. XML membenarkan penggunaan apa jua pengekodan yang didefinisi Unicode, dan juga pengekodan yang hadir dalam Unicode. XML juga menyediakan mekanisme di mana pemproses XML dapat, secara pasti dan tanpa pengetahuan terdahulu, menentukan pengekodan mana yang digunakan.[8] Pengekodan selain daripada UTF-8 dan UTF-16 tidak semestinya dikenali oleh setiap penghurai XML. LepasanXML menyediakan kemudahan lepasan yang membolehkan kemasukan aksara-aksara yang sukar dimasukkan secara langsung. Misalnya:
Terdapat lima entiti pratakrif:
Kesemua aksara Unicode yang dibenarkan boleh diwakili dengan rujukan aksara angka. Sebagai contoh, lihat aksara Cina "中", yang kod angkanya dalam Unicode ialah perenambelasan (hexadecimal) 4E2D, atau perpuluhan (decimal) 20,013. Pengguna yang empunya kekunci yang tidak boleh memasukkan aksara ini masih boleh memasukkannya ke dalam dokumen XML sama ada dengan menaip Penggunaan " UlasanUlasan boleh hadir di mana-mana tempat dalam dokumen di luar penanda lain. Ulasan tidak boleh hadir sebelum pengisytiharan XML. Ulasan bermula dengan " Contoh ulasan sah:
" Kegunaan antarabangsaXML 1.0 (Fifth Edition) dan XML 1.1 menyokong penggunaan secara langsung hampir kesemua aksara Unicode dalam nama-nam unsur, atribut, ulasan, data aksara, dan pemprosesan arahan (melainkan yang mempunyai makna simbol khas dalam XML sendiri, seperti tanda "kurang dari", yakni "<"). Berikut ialah dokumen XML yang purna bentuk (well-formed) yang mengandungi aksara tulisan Cina dan Siril: <?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>
<俄语>данные</俄语>
Purna bentuk dan pengendalian ralatSpesifikasi XML mendefiniskan dokumen XML sebagai teks yang purna bentuk, yakni ia menepati keperluan peruturan sintaksis yang terkandung dalam spesifikasi. Senarai tersebut agak panjang; beberapa perkara penting termasuk:
Justeru definisi dokumen XML mengetepikan teks yang melanggar perautuan purna bentuk. Pemproses XML yang menjumpai pelanggaran diwajibkan melapor ralat sedemikian dan berhenti memproses. An XML processor that encounters such a violation is required to report such errors and to cease normal processing. Polisi ini, yang kadang kalanya digelar sebagai drakonian, berlainan dengan perisian yang memproses HTML, yang direka untuk menjana keputusan yang berpatutan mahupun terdapat ralat penanda yang teruk.[11] Polisi XML dalam hal ini pernah dikritik sebagai melanggar Hukum Postel yang menyatakan, "Bersikap konservatif dalam apa yang dihantar; bersifat liberal dalam apa yang diterima".[12] Nota
Lihat jugaPautan luar |