Windows XP
Windows XP ialah salah satu keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP ialah singkatan perkataan eXPerience (pengalaman) dalam bahasa Inggeris. Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada. Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP ialah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP telah digantikan dengan Windows Vista pada 30 Januari 2007. Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga ialah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian dan Windows Genuine Advantage (WGA) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh pencetak rompak. Sejarah pembangunanSejarah pembangunan Windows XP bermula sejak proses pembangunan Windows 2000 yang asalnya dibina bagi menggantikan Windows NT 4.0 dan Windows 98. Walau baganmanapun, rancangan tersebut telah diubah apabila Microsoft melancarkan Windows 98 SE. Pada tahun 1999, Microsoft mula membangunkan Windows Neptune sebagai versi pengguna rumah bagi Windows 2000. Walau bagaimanapun, projek Neptune tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Windows Me, iaitu sistem pengendalian keluarga Windows 9x yang terakhir. Projek Neptune tersebut kemudiannya digantikan dengan projek Whistler yang seterusnya membentuk Windows XP. Windows XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001, dan sejak itu, 3 pek servis telah dilancarkan. Edisi Windows XPSecara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:-
Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis komputer khusus, iaitu:-
Windows XP Starter EditionWindows XP Starter Edition ialah versi berkos rendah yang diedarkan di beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Di Malaysia, Windows XP Starter Edition menggunakan bahasa Melayu bertujuan untuk membantu meningkatkan kadar celik IT di kalangan pengguna serta bagi memerangi cetak rompak. Sungguhpun demikian, versi tersebut mempunyai beberapa batasan, iaitu Starter Edition hanya boleh digunakan pada komputer berkuasa rendah, membenarkan sehingga hanya 3 perisian dibuka pada satu-satu masa, serta terdapat beberapa ciri yang dimansuhkan ataupun dinyahupayakan secara lalai. Windows XP edisi NPada Mac 2004, Kesatuan Eropah telah menyaman Microsoft sejumlah €497 juta (AS$603 juta) atas dakwaan memonopoli perisian pemain media menerusi penyertaan Windows Media Player dalam sistem pengendalian Windows. Selain itu, Microsoft diperintahkan untuk menghasilkan versi Windows XP tanpa Windows Media Player, dikenali sebagai edisi N (tanpa Windows Media Player). Walau bagaimanapun, edisi N tersebut mendapat sambutan dingin di kalangan pengguna serta pengeluar komputer kerana harga bagi edisi N adalah sama dengan edisi biasa dengan Windows Media Player, menyebabkan pengguna dan pengeluar berasa rugi. Ciri-ciri terkini dan diperbaharuiWindows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:-
AntaramukaAntaramuka Windows XP berorientasikan tugasan. Menu Start dan enjin pencari direka semula dan pelbagai kesan visual turut ditambah, termasuklah:-
Tema persekitaran Windows XP dikenali sebagai Luna, tetapi pengguna berupaya untuk menukar tema lain dengan memasang program penukar tema yang boleh dimuat turun melalui internet. Keperluan sistemKeperluan sistem adalah seperti berikut:-
Nota: Windows XP SP2 memerlukan tambahan 1.8 GB cakera keras bagi tujuan pemasangan. Pek servis dan sokonganMicrosoft telah menghasilkan 3 pek servis. Windows XP tanpa pek servisSokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004. Service Pack 1Dilancarkan pada 9 September 2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna memilih perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga menyokong USB 2.0 dan SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober 2006. Service Pack 2Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos 2004 dengan memfokuskan terhadap keselamatan sistem. SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-Fi yang lebih baik, penyekat iklan timbul pada Internet Explorer dan Pusat Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian antivirus, Windows Update dan perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth. Service Pack 3Windows XP SP 3 telah disebarkan pada 23 April 2008 (bagi pelanggan TechNet dan MSDN) dan 6 Mei 2008 bagi pengguna umum. Kitaran jangka hayat sokonganSokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan, manakala sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan. Walaupun Microsoft memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran dalam masa 12 bulan selepas pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30 Januari 2007, kebanyakan pengeluar komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru dengan Windows XP hanya beberapa bulan selepas pelancaran Vista. Pada 14 April 2009, Windows XP telah memasuki fasa pemanjangan sokongan yang tamat pada tahun 2014. Lihat juga
Rujukan
Pautan luar |