Siri Modenas CT
Siri Modenas CT merupakan satu siri motosikal kapcai keluaran syarikat pengeluar motosikal Malaysia, Modenas. Modenas CT mula dilancarkan pada tahun 2009 sebagai pengganti sah kepada siri Modenas Kriss yang popular. Sebelum CT dibagunkan, terdapat juga satu model kapcai lain iaitu Modenas Kristar yang dikeluarkan pada tahun 2004 tetapi pengeluaran dihentikan dua tahun kemudian kerana kurang mendapat sambutan. Enjin-enjin 100 cc dan 110 cc yang dibawa daripada siri Kriss tidak berubah, tetapi dengan penambahan mekanisme penyahmampatan pada model 110 cc supaya ia mudah dihidupkan.[4] Pada tahun 2011, satu versi elektrik bagi CT yang dikenali sebagai Modenas CTric dilancarkan, menjadikan CTric sebagai motosikal elektrik penuh pertama dijual di Malaysia.[5] Pada tahun 2013, versi suntikan bahan api bagi dilancarkan di Greece sebagai Modenas Kriss 125i EFI.[6] Model suntikan bahan api tersebut kemudiannya dilancarkan bagi pasaran domestik Malaysia sebagai Modenas 118EFI.[7] Sejarah modelCT mula tampil pada 23 Oktober 2009 bagi model 110 cc.[4] Ia menampilkan rekaan serba baharu yang dibangunkan sendiri oleh Modenas, kecuali enjin AN110 yang dibangunkan oleh Kawasaki. Beberapa bulan kemudian, model 100 cc turut menyusul pada 13 Februari 2010,[8] dengan enjin MB100 yang sama seperti pada Kriss 100. Kedua-dua model mempunyai tangki minyak bersaiz 5.3 liter, yang didakwa oleh Modenas sebagai yang terbesar berbanding motosikal kapcai lain, sebelum dipintas oleh Honda Future 125 2012.[4] Modenas CTric (2011-sekarang)Pada tahun 2010, Modenas membangunkan sebuah model motosikal elektrik hasil kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia. Menurut Modenas, CTric merupakan motosikal elektrik buatan Malaysia pertama yang melepasi piawaian SIRIM MS2413 terkini untuk motosikal elektrik di samping piawaian JIS.[9] Motosikal elektrik ini digerakkan oleh motor elektrik DC tanpa berus, menghasilkan kuasa kemuncak 3.6 kW pada kelajuan 80 km/j,[3] walaupun diratifikasikan sebagai 1.0 kW. Kuasa dibekalkan oleh lima biji bateri nano-gel 12 volt yang mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 60V, 20Ah.[3] Motosikal ini boleh dicas semula menggunakan plag BS 1363 240V, 13A biasa, dengan masa mengecas selama 3.5 jam (cas pantas) atau 8 jam (cas perlahan). Sebaik ia dicas penuh, banjaran perjalanan CTric adalah antara 30-50 km. Prestasi CTric adalah setanding dengan motosikal kapcai 90 cc biasa, dengan kelajuan maksimum lebih kurang 70-80 km/j.[9] Modenas 118EFI / Kriss 125i EFI (2013-sekarang)Pada 22 Mac 2013, Modenas melancarkan versi suntikan bahan api bagi CT di Greece sebagai Modenas Kriss 125i EFI. Kriss 125i menggunakan enjin 120cc yang digandingkan dengan sistem suntikan bahan api dengan pengesan lambda yang dibekalkan oleh Synerject.[6] Model yang sama kemudian dilancarkan dalam pasaran tempatan sebagai Modenas 118EFI semasa DRB-Hicom Autofest di Pulau Pinang pada 30 Julai 2013.[7] Varian suntikan bahan api tersebut menggunakan enjin 120 cc yang dibawa dari Kriss 120 dan Ace 115 tetapi dengan keluaran kuasa yang lebih rendah sedikit.[10] 118EFI dijual di Malaysia dengan harga RM4,755.00.[7] Penganugerahan
Lihat jugaRujukan
Pautan luar
|