RSS Formidable
RSS Formidable (68) adalah kapal pertama dari frigat halimunan kelas-Formidable dalam perkhidmatan Tentera Laut Republik Singapura. Pembinaan dan karierRSS Formidable telah dibina oleh syarikat DCNS di Perancis sekitar awal tahun 2000an. Formidable telah ditauliahkan pada 5 Mei 2007.[3] RIMPAC 2012RSS Formidable telah menyertai RIMPAC 2012 yang mana berlangsung pada 29 Jun hingga 3 Ogos 2012. 22 buah negara dan lebih daripada 40 buah kapal perang telah menyertainya.[4] SIMBEX-16Pada 30 Oktober 2016, RSS Formidable tiba di Visakhapatnam, India sebagai persediaan dalam latihan tentera laut SIMBEX-16 di Teluk Bengal.[5] Eksasis Bersama Lima 18Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan UK telah menyertai Eksasis Bersama Lima bermula pada 2 hingga 19 Oktober 2018. Salah sebuah kapal yang terlibat adalah RSS Formidable.[6] Eksasis Pacific Griffin 19RSS Formidable telah menyertai Eksasis Pacific Griffin 19 dengan rakan sekutunya iaitu Amerika Syarikat. Galeri
Rujukan
|