Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia)
Pengakap Raja (Bahasa Inggeris: King's Scout),[nota 1] atau dikenali juga sebagai Anugerah Pengakap Raja (Bahasa Inggeris: King's Scout Award), merupakan anugerah yang paling tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Sijil Diraja Pengakap Raja telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta semua Sultan di Malaysia. Anugerah Pengakap Raja ini mempunyai taraf yang sama dengan Eagle Scout di Amerika Syarikat dan Filipina, King's Scout di United Kingdom, Australia dan New Zealand, Dragon Scout di Hong Kong, President's Scout di Singapura, Pramuka Garuda di Indonesia, Tiger Scout di Korea, Fuji Scout di Jepun, Crown Scout di Belgium dan Belanda, King's Scout di Thailand, King's Venturer Award di Kanada dan banyak lagi.[1] Demi melayakkan diri menerima anugerah yang paling berprestij ini, seseorang pengakap mesti mendapatkan lencana-lencana tertentu dan perlu melalui proses-proses tertentu.[2] TerminologiSebutan yang betul bagi anugerah ini di Malaysia ialah Pengakap Raja (Bahasa Inggeris: King's Scout) dan bukannya Pengakap Diraja atau Pengakap DiRaja (Bahasa Inggeris: Royal's Scout). Proses kelayakanProses awalPertama, calon hendaklah lulus semua lencana-lencana dari Lencana Keahlian, Lencana Kemajuan Pengakap Muda (Lencana Usaha, Maju dan Jaya serta 2 Lencana Kegemaran, 3 Lencana Pengetahuan dan 3 Lencana Perkhidmatan) pada peringkat Pengakap Muda (Tingkatan 1, 2 dan 3) sehingga Lencana-Lencana Tertinggi (Lencana Jayadiri, Kemahiran, Kegiatan, Ekspedisi dan Perkhidmatan) pada peringkat Pengakap Remaja (Tingkatan 4 dan 5).[2] Calon hendaklah merekodkan segala bentuk ilmu pengetahuan, kemahiran atau bukti ke dalam buku log masing-masing.[3][4][5] ![]() Ujian Sikap Pengakap RajaSeterusnya, calon yang berkelayakan akan menyerahkan borang permohonannya kepada pesuruhjaya pengakap daerah masing-masing beserta buku log dan sijilnya (semua lencana yang telah diterima). Mereka akan dinilai semasa Ujian Sikap Pengakap Raja (Kem Pentaksiran Pengakap Pra-Raja) dan akan berlangsung selama 4 hari 3 malam yang akan dianjurkan oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Daerah masing-masing, yang mempunyai komponen-komponen ini:
Semua dokumentasi dan buku log yang dibuat oleh calon diperiksa sepenuhnya untuk penilaian oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Daerah.[3][4][5] Setelah calon melengkapkan dan lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, dia diakui dan diberikan keizinan untuk memakai Rambu Pengakap Remaja atau dikenali sebagai Anugerah Ketua Pengakap Negara, yang berwarna kuning diraja.[7] Oleh hal yang demikian, calon mempunyai semua syarat yang siap untuk proses seterusnya. Kem Penarafan Pengakap Raja![]() Setelah itu, calon kemudian perlu menghadiri Kem Penarafan Pengakap Raja (Kem Pentaksiran Pengakap Raja), 5 hari 4 malam yang akan dianjurkan oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri masing-masing. Penilaian sedemikian mengikut skema kebangsaan dan melibatkan:
Semua dokumentasi dan buku log yang dibuat oleh calon diperiksa sepenuhnya untuk penilaian oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri.[3][4][5] Setelah lulus semua ujian yang diperlukan, calon diberikan dan diizinkan memakai Bushman's Thong berwarna kuning, yang dibuat sendiri pada kem penarafan tersebut dan akan dipakai pada Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja.[9] Setelah calon melalui semua ujian yang telah ditetapkan, calon akan dimaklumkan oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri melalui pengetua sekolah sama ada mereka lulus atau tidak. Jika calon lulus kesemua ujian, surat rasmi jemputan akan dihantar ke rumah mereka tentang Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja. Pengambilan semula dan peratusan gagalJikalau calon gagal dalam mana-mana ujian tersebut, calon dibenarkan untuk menghadirinya sekali lagi sehingga calon lulus (atas pilihan calon sendiri) selagi tidak melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja. Peratusan untuk calon lulus kesemua ujian adalah sangat tipis kerana kebanyakan calon gagal atau belum menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berpengakapan. Syarat kelayakanSeorang Pengakap Remaja sebelum dianugerahkan Lencana dan Sijil Pengakap Raja hendaklah:
Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi berbeza mengikut syarat kelayakan daerah dan negeri masing-masing. Istiadat penganugerahan, lencana dan sijilIstiadat Penganugerahan Sijil Pengakap RajaMereka juga akan dijemput ke Istana Diraja negeri masing-masing (contohnya di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah[10] bagi negeri Kedah atau Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu[11] bagi negeri Terengganu) atau dewan yang ditempah khas (contohnya Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor[12] bagi negeri Selangor atau Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak[13] bagi negeri Perak) untuk dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yang berprestij oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri di negeri tersebut. Lencana Pengakap RajaSetelah seseorang calon dilayakkan untuk menerima Anugerah Pengakap Raja, calon akan memperoleh Lencana Pengakap Raja yang berwarna kuning, biru dan hijau[8] dan akan dipakai di lengan kiri calon. Lencana ini hanya boleh dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) sahaja dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya atau disalahgunakan oleh pihak lain. Sijil Pengakap RajaDengan ini kamu telah diiktiraf sebagai seorang Pangakap Raja dan telah dilatih supaya taat kepada TUHAN, RAJA dan NEGARA serta berkhidmat kepada Masyarakat. Jadikanlah diri kamu ahli dalam PERSAUDARAAN PENGAKAP yang luas dan dihormati. Mudah - mudahan Tuhan akan sentiasa bersama kamu dalam menjalani hidup dengan selamat dan memperolehi kebahagiaan.[nota 3]
— Sijil Diraja Pengakap Raja Sijil Diraja Pengakap Raja atau dikenali juga sebagai Sijil Pengakap Raja, telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan dianugerahkan oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri atas nama KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebagai Penaung PPM. Sijil ini unik kerana mempunyai 10 tandatangan, didahului oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang dan 9 Sultan di negeri-negeri beraja.[14] Setakat ini, tidak ada sijil lain yang boleh menyamai atau menandingi Sijil Pengakap Raja. Setelah menjadi seorang Pengakap RajaSeseorang Pengakap Raja telah diharapkan untuk menjadi contoh bagi pengakap lain dan menjadi pemimpin dalam kehidupan yang telah mereka tunjukkan untuk berada dalam pengakap. Oleh hal yang demikian, mereka boleh bergabung dan menjadi ahli Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia dan Persatuan Pengakap Berprestasi Tinggi (ATAS). Persaudaraan Pengakap Raja MalaysiaSetelah lulus dan diiktiraf sebagai seorang Pengakap Raja, calon boleh mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) (Bahasa Inggeris: The King's Scout Brotherhood of Malaysia).[15] Persatuan Pengakap Berprestasi Tinggi![]() Calon yang telah mendapat Anugerah Pengakap Raja layak untuk memohon untuk menjadi ahli Persatuan Pengakap Berprestasi Tinggi (ATAS) (Bahasa Inggeris: Association of Top Achiever Scouts) dan mendapatkan lencana yang dikeluarkan oleh ATAS.[16] Lencana ini dipakai di lengan kiri calon dan di bawah Lencana Pengakap Raja. Dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, untuk melayakkan diri memakai lencana ATAS, seseorang calon hendaklah menerima salah satu anugerah ini, sama ada:
Anugerah-anugerahPersaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) telah mengasaskan anugerah-anugerah yang akan diberikan kepada seorang Pengakap Raja yang telah berkhidmat di dalam kepakarannya dan berbakti kepada komuniti, masyarakat, bangsa dan negara. Idea ini telah diilhamkan pada 2016 oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Profesor Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin yang juga merupakan seorang Pengakap Raja. Anugerah-anugerah ini kemudiannya digazetkan pada 1 Januari 2023. Terdapat enam anugerah iaitu:
Penerima terkenal untuk anugerah ini termasuklah Mejar Jeneral (B.) Profesor Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin, pemangku Ketua Pengakap Negara Malaysia terkini; Dato' Syed Ahmad Idid bin Syed Abdullah, bekas hakim Mahkamah Tinggi Malaysia; dan Eric Khoo Heng-Pheng, bekas Ahli Jawatankuasa Pengakap Dunia yang telah disampaikan dengan Anugerah Harimau Malaya Gangsa.[nota 4] PenerimaPenerima Anugerah Pengakap Raja yang terkenal termasuklah:
Lihat jugaNota
Rujukan
|