Pengujian ini diketuai Naib Laksamana William H. P. Blandy dilakukan bertujuan menyiasat kesan senjata nuklear pada kapal perang. Satu armada didirikan daripada sebanyak 95 buah kapal sasaran telah dilabuhkan di Lagun Bikini sebelum kemudiannya ditimpa dua letupan senjata nuklear jenis ledakan plutoniumFat Man sepertimana yang dijatuhkan di Nagasaki, masing-masing dengan muatan sebanyak 23 kilotons of TNT (96 TJ) .
Persediaan
Kelengkapan pengujian
Satu siri tiga ujian disyorkan untuk mengkaji kesan senjata nuklear ke atas kapal, peralatan dan bahan lain. Kawasan sekitar diselidiki agar memenuhi kriteria tertentu untuk tapak pengujian yang sesuai:
Tapak ujian ditetapkan serta dipastikan agar harus berada di wilayah yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Kawasan yang dipilih mesti tidak berpenghuni dalam jarak sekurang-kurangnya 300 batu (500 km) jauh dari bandar terdekat, maka seberapa penduduk yang ada juga perlu dipindahkan jauh dari bandar terdekat.
Ada pangkalan udara dalam jarak 1,000 batu (1,600 km) memudahkan pesawat B-29 dapat menjatuhkan bom. Untuk memasukkan kapal sasaran, ia perlu mempunyai pelabuhan yang dilindungi sekurang-kurangnya 6 batu (10 km) lebar.
Corak cuaca persekitaran juga diamati sama ada ia boleh diramalkan serta bebas dari ribut yang hebat dan ganas. Angin yang dapat diramalkan akan mengelakkan bahan radioaktif ditiup balik kepada kakitangan pasukan petugas, dan arus samudera yang dapat diramalkan akan membolehkan bahan-bahan yang dapat dijauhkan dari lorong perkapalan, kawasan penangkapan ikan, dan pantai yang didiami. [1] Pemasaan sangat penting memandangkan tenaga kerja Tentera Laut diperlukan untuk menggerakkan kapal-kapal itu sedang ditamatkan tugas aktif berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua serta para saintis awam yang berpengetahuan tentang senjata atom telah meletakkan jawatan mereka dalam pekerjaan persekutuan untuk mengajar perguruan tinggi.[2]
Akhirnya pada 24 Januari, Lagun Bikini dipilih untuk dua pusingan pertama pengujian ini yang dirancang pada awal tahun 1946[3] Dari semua lokasi yang dipertimbangkan termasuk Kepulauan Galápagos milik Ecuador,[4] Bikinilah yang menawarkan kedudukan paling terpencil dengan pelabuhan semulajadi besar dan cuaca yang sesuai tetapi tidak ideal,[5] dan kependudukan yang kecil dan mudah dipindahkan. Bikini baru sahaja jatuh dalam kawalan eksklusif Amerika Syarikat pada 15 Januari, apabila Presiden Truman mengisytiharkan A.S sebagai pemegang hak milik tunggal semua pulau yang ditawan dari kuasa Jepun semasa Perang Dunia lepas.
Pemindahan warga Bikini
167 orang penduduk Pulau Bikini mula mengetahui nasib mereka empat hari kemudian pada hari Ahad 10 Februari, ketika Komodor Ben H. Wyatt selaku gabenor tentera yang memerintah Kepulauan Marshall, tiba ke atol ini dari kapal air di Kwajalein. Wyatt cuba meyakinkan mereka dengan menjelaskan situasi mereka yang dilihat seumpama "Bani Israel diselamatkan Tuhan yang membawa mereka ke Tanah Dijanjikan" sepertimana yang diceritakan dalam kisah-kisah Bible didakwah para mubaligh Protestan kepada penduduk atol; Wyatt turut menyatakan ia adalah "untuk kebaikan manusia dan untuk mengakhiri semua peperangan dunia." Maskipun tiada perjanjian bertulis diberikan, namun Wyatt sendiri menyaksikan persetujuan daripada orang ramai dan penghulu mereka bernama Juda yang merasa berbangga menjadi sebahagian daripada usaha yang luar biasa ini." [6] Pada 6 Mac, Wyatt cuba merakam semula insiden ini sebagai bahan bukti persetujuan tersebut, namun Juda si penghulu berseloroh "Kami bersedia untuk pergi. Segala-galanya berada di tangan Tuhan. " Keesokan harinya, LST-861 memindahkan kesemua mereka dan barang-barang mereka secara kekalnya 128 batu (206 km) jauh arah timur ke Atol Rongerik yang tidak berpenghuni.[7]
Semua 167 penduduk asli dipindahkan 128 batu (206 km) timur ke Atol Rongerik tidak berpenghuni.
167 orang penduduk Bikini yang dipindahkan ke Atol Rongerik sebelum berlangsungnya ujian ini tidak dapat menangkap dan mengumpul makanan laut yang mencukupi untuk menampung diri dalam persekitaran baru mereka. Angkatan Laut meninggalkan makanan dan air selama beberapa minggu dan kemudian gagal kembali tepat pada masanya. Menjelang bulan Januari 1947, pelawat ke Rongerik melaporkan penduduk pulau itu menderita kekurangan zat makanan, menghadapi kebuluran berpotensi menjelang bulan Julai, dan mengalami kurus pada Januari 1948.
Mereka dipindahkan ke Kwajalein pada bulan Mac tahun sama sebelum kemudiannya menetap di pulau Kili yang tidak didiami pada bulan November; pulau tersebut yang berkeluasan hanya satu pertiga batu persegi serta tiada laguna dan pelabuhan terlindung menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kegiatan tradisi memancing lagun lagun untuk mendapatkan makanana sehingga terpaksa bergantung kepada bekalan dan catuan dibawa kepada mereka. memancing, mereka menjadi bergantung kepada penghantaran makanan.[12] Sebilangan tiga buah keluarga kembali ke atol tersebut pada tahun 1974 namun mereka sekali lagi telah dipindahkan empat tahun kemudian apabila tahap mereka didapati kerana radioaktiviti dalam badan mereka dari empat tahun makan makanan tercemar. [12] Sehingga 2015, atol Bikini masih didapati tidak selamat untuk dihuni semula.
Berikutan masalah masalah pencemaran Baker, Tentera Laut Amerika Syarikat mengarahkan kapal-kapal yang baru dilengkapi sistem pemadaman Countermeasure Wash Down System (CMWDS) yang mengalirkan air garam dari sistem pemadam kebakaran sekiranya serangan nuklear melanda lalu menghadang luruhan dan sisa letupan radioaktif daripada mencemarkan kapal melalui retak dan celah kapal.
^Daly 1986. The bomb yields are often reported as 21 kilotons, but the figure of 23 kilotons is used consistently throughout this article per Weisgall 1994.
^Parsons, Rear Admiral. "Subject: site for atomic bomb experiments, May 12, 1948." Appendix to U.S. Commanding Lieutenant General J. E. Hull's memorandum to the U.S. Army Chief of Staff, "Subject: location of proving ground for atomic weapons." Quoted in: Radioactive Heaven and Earth: The health and environmental effects of nuclear weapons testing in, on, and above the earth: A report of the IPPNW International Commission to Investigate the Health and Environmental Effects of Nuclear Weapons Production and the Institute for Energy and Environmental Research (1991) p. 70
^Bikini failed to meet one of the stipulated weather criteria: "predictable winds directionally uniform from sea level to 60,000 feet." Daly 1986, halaman 68.
Campbell, Richard H. (2005), The Silverplate Bombers: A History and Registry of the Enola Gay and Other B-29s Configured to Carry Atomic Bombs, Jefferson, North Carolina: McFarland & Company, ISBN0-7864-2139-8, OCLC58554961
Christman, Albert B. (1998), Target Hiroshima: Deak Parsons and the Creation of the Atomic Bomb, Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, ISBN1-55750-120-3, OCLC38257982
Coster-Mullen, John (2003), Atom Bombs: The Top Secret Inside Story of Little Boy and Fat Man, Milwaukee: Self published
Daly, Thomas N. (1986), "Crossroads at Bikini", Proceedings of the U.S. Naval Institute, Annapolis, Maryland (Vol. 112, No. 7, July 1986), m/s. 65–74, ISSN0041-798X
Fletcher, E. Royce (1977), "Nuclear Bomb Effects Computer", dalam Glasstone, Samuel; Dolan, Philip (penyunting), The Effects of Nuclear Weapons (ed. 3rd), Washington, DC: U.S. Government Printing Office: 1977 O-213-794, dicapai pada December 16, 2009
Glasstone, Samuel (1967), Sourcebook on Atomic Energy (ed. 3rd), Huntington, New York: Robert E. Krieger Publishing Company, Inc. (1979 reprint edition), ISBN978-0-88275-898-5
Groves, Leslie (1962), Now It Can Be Told: The Story of the Manhattan Project, New York: Harper, ISBN0-306-70738-1, OCLC537684
Hansen, Chuck (1995), Volume VII: The Development of US Nuclear Weapons, Swords of Armageddon: US Nuclear Weapons Development since 1945, Sunnyvale, California: Chukelea Publications, ISBN978-0-9791915-1-0, OCLC231585284
Navy History and Heritage Command (2002), Operation Crossroads: Fact Sheet, Washington, DC, diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2012, dicapai pada January 1, 2008
Newson, Henry W. (1945), Memorandum to Norris Bradbury, December 17, 1945, Possible Difficulties in Naval Tests, Los Alamos, New Mexico: Los Alamos National Laboratory, DOE/CIC 120851
Peterson, Howard C. (1946), Memorandum to General J. Lawton Collins, February 12, 1946, Washington, DC: Records of the Office of the Secretary of War, RG 107 (Atomic Energy Folder), National Archives
Waters, Odale D., Jr. (1986), "Crossroads: A Tin Can Perspective", Proceedings of the U.S. Naval Institute, Annapolis, Maryland (Vol. 112, No. 7, July 1986), m/s. 72–74, ISSN0041-798X
Weisgall, Jonathan (1994), Operation Crossroads: The Atomic Tests at Bikini Atoll, Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, ISBN978-1-55750-919-2
Pautan luar
Lakaran cat air dilakukan sebagai lampiran sebahagian laporan dikumpulkan pihak Tentera Amerika Syarikat.