Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

MyDigital ID

MyDigital ID
PembangunMajlis Keselamatan Negara (MKN)
Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM)
Kementerian Komunikasi Malaysia (KK)
Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)
Agensi Keselamatan Siber Negara Malaysia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)
Pelancaran pertama2 Ogos 2024; 13 bulan yang lalu (2024-08-02)
Versi terkini/stabil2.7.0 (19 Ogos 2025; 41 hari yang lalu (2025-08-19))
Sistem pengendalianAndroid
iOS
HarmonyOS
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Pautan berkaitan
Tapak webLaman Web Rasmi MyDigital ID
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


MyDigital ID merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh MIMOS Berhad bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad. Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.

Latar belakang

My Digital ID Sdn Bhd ialah sebuah agensi strategik kerajaan yang ditubuhkan pada 15 Januari 2024, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Organisasi ini diasaskan dengan visi untuk mentransformasi pengurusan identiti digital di Malaysia. Ia menguruskan pelaksanaan inisiatif kerajaan, MyDigital ID, yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian identiti digital yang selamat, dipercayai dan mudah digunakan untuk pengurusan identiti digital dalam era digital yang semakin berkembang.

Matlamat MyDigital ID ialah Identiti Digital Nasional, memacu pertumbuhan ekonomi digital melalui penggunaan teknologi, platform dan aplikasi termaju untuk menangani kelemahan identiti digital dalam dunia digital.

Aspirasi My Digital ID Sdn Bhd, sebagai penyedia Identiti Digital Nasional, menetapkan piawaian untuk keselamatan, kepercayaan dan inovasi. Sebagai perintis dalam identiti digital, organisasi ini berdedikasi untuk membentuk masa depan pengurusan identiti dengan penyelesaian termaju yang membolehkan pengguna mengemudi dunia digital dengan selamat.

My Digital ID Sdn Bhd mengutamakan keselamatan, kepercayaan dan inovasi, menyediakan penyelesaian termaju yang melindungi identiti digital individu. Dengan menumpukan kepada integriti, mengutamakan pengalaman pengguna dan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan, kami memperkasakan rakyat di samping memastikan pematuhan dan kemampanan. Komitmen kami terhadap kecemerlangan memacu pertumbuhan jangka panjang dalam ekosistem ekonomi digital.

Titik perjalanan

Tahun Peristiwa Catatan
2016 Projek Penyelidikan MIMOS (RMK-11) Platform Pengesahan Bersepadu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
2018 Bukti Konsep (POC) Hasil penyelidikan digunakan sebagai Bukti Konsep (POC) dalam pelaksanaan projek Gerbang Perkhidmatan Kerajaan (GOSG) oleh MAMPU
2019 Identiti Digital Nasional Majlis Jemaah Menteri (MJM) memutuskan agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyelaras inisiatif Identiti Digital Nasional
2020 Pelaksanaan MyDigital ID (RMK-12) Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan pelaksanaan MyDigital ID dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
2021 Inisiatif Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia MyDigital ID diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif dalam Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia
2023 Pelantikan Agensi Pelaksana MIMOS Berhad telah dilantik sebagai agensi pelaksana untuk program MyDigital ID
2024 Penubuhan My Digital ID Sdn Bhd Penubuhan My Digital ID Sdn Bhd pada 15 Januari 2024, untuk pelaksanaan penuh program MyDigital ID di Malaysia

Sistem yang menggunakan MyDigital ID

Bil. Nama sistem Portal Aplikasi mudah alih
1. Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Ya Tidak
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Ya Tidak
3. Kementerian Kesihatan Malaysia Ya (EHRI-PEKA) Ya(MySejahtera)
4. Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Tidak Ya
5. Jabatan Pengangkutan Jalan
  • MyJPJ
Tidak (MySikap) Ya
6. MyPAY / Kocek Tidak Ya
7. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Ya (Semakan TIN dan Sistem Bantuan Tunai) Tidak
8. Tenaga Nasional Berhad Ya Ya
9. My Question Bank Ya Tidak
10 Polis Diraja Malaysia Ya Ya
11 Kementerian Kerja Raya Ya Tidak
12 Kementerian Pendidikan Ya
13 Jabatan Alam Sekitar Ya Tidak
14 Jabatan Imigresen Malaysia Ya Tidak
15 KRSTE.my Ya Tidak

Rujukan

Pautan luar

Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya