Liberalisme dan keprogresifan dalam Islam
Umat Islam yang progresif telah menghasilkan banyak aliran pemikiran yang liberal mengenai Islam. Aliran pemikiran ini adalah hasil cetusan perkembangan globalisasi semasa, berhadapan dengan dakyah dan tohmahan pihak Barat terhadap Islam. Sebelum ini Islam Fundamental diterima umum sebagai Islam yang sesuai dengan situasi dunia hari ini. Ia agak bertentangan dengan Islam Tradisional. Semua aliran ini adalah hasil analisis pemikir semata-mata untuk melabel hala tuju kecenderungan gerakan selain perkembangan Islam semasa yang dilabel pengganas, rasis, dan anti-semitik. Fenomena pemikiran Islam yang liberal sebenarnya tidak begitu jelas sebagai satu aliran pemikiran yang sekata. Muslim yang memanggil diri mereka sebagai progresif boleh dikatakan mengamalkan Islam yang liberal kerana mereka telah mencetuskan beberapa pemikiran liberal dalam Islam. Akan tetapi sesetengah ahli akademik berpendapat Islam progresif dan Islam liberal adalah dua aliran yang berbeza.[1] Aliran-aliran ini berkongsi satu falsafah yang bergantung kepada ijtihad.[2] Muslim yang berfikiran liberal tidak semestinya berpegang kepada interpretasi ulama traditisional tentang Quran dan Hadith. Mereka ini secara umumnya mendakwa mahu kembali kepada prinsip asal Ummah terdahulu dan kepada maksud asal etika dan pendekatan majmuk (pluralistik) kitab suci. Pembaharuan, bukan perpecahan agamaFenomena ini adalah salah satu dari gerakan-gerakan pembaharuan dalam Islam bukannya satu usaha perpecahan agama. Mereka mendakwa percaya kepada rukun asas dalam Islam seperti Rukun Iman dan Rukun Islam. Mereka percaya pandangan mereka selari dengan ajaran Islam. Perbezaan utama mereka dengan aliran konservatif Islam adalah interpretasi aplikasi nilai-nilai teras Islam dalam kehidupan moden. Fokus mereka kepada interpretasi individu dan etika, berbanding dengan maksud literal kitab suci, dan fahaman ini mungkin berasal dari tradisi Sufi dan tasawwuf Islam. Ciri utamaBeberapa ciri umum fahaman ini adalah:
Isu kontroversiIjtihad (pentafsiran semula)
Hak asasi manusia
Feminisme![]()
Sekularisme
Toleransi dan menolak keganasan
Pergantungan kepada kesarjanaan sekular
Pandangan mengenai pemikiran Islam yang liberal di MalaysiaMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.[3] Hujah yang digunakan adalah seperti Islam cuma satu, iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menerusi al-Quran dan Sunnah. Kerajaan Malaysia sebagai pemerintah Islam yang diamanahkan untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar telah bertindak bijak dalam soal ini. Tindakan berasaskan siyasah syar’iyyah iaitu demi menjamin kesucian agama di samping membangunkan urusan dunia (hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya). Melalui konsep tersebut maka pengharaman pemikiran-pemikiran tertentu adalah salah satu cara yang digunakan oleh pemerintah demi menyekat jalan-jalan (sadd al-zari’ah) yang boleh merosakkan aqidah dan pemikiran umat Islam. Pemikiran adalah hak asasi setiap individu yang berakal. Dengan pemikiran juga lahirnya segala tingkah laku dan amal perbuatan. Hadith Rasulullah s.a.w. mengatakan: “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat”. Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan usaha menyekat pemikiran liberal dilakukan kerana tidak mahu orang Islam bersikap terbuka. Seperti kata Setiausaha Majlis Uskup-Uskup Katolik Malaysia, Brother Augustine Julian:[4]
GerakanAnarkis
Ahli Al-QuranAhli Quran atau Quranisme percaya bahawa Muhammad sendiri adalah seorang Ahli Quran dan pengasas Quranisme, namun pengikutnya memesongkan akidah dan berpecah kepada perpecahan dan puak seperti Sunni, Syiah, dan Khawarij. Ahli Quran menolak hadis dan mengikut Quran sahaja. Sejauh mana Ahli Quran menolak kesahihan Sunnah berbeza-beza, tetapi kumpulan yang lebih berpengaruh telah mengkritik secara menyeluruh kesahihan hadis dan menolaknya atas banyak sebab, yang paling lazim adalah dakwaan Ahli Quran bahawa hadis tidak disebut dalam Quran sebagai sumber teologi dan amalan Islam, tidak direkodkan dalam bentuk bertulis sehingga lebih daripada dua abad selepas kematian Muhammad, dan mengandungi kesilapan dalaman dan percanggahan. Amerika Utara
Rusia dan CIS
Eropah
Lihat juga
Pemikir dan aktivis
Nota kaki
Rujukan
|