Kerteh![]() Kerteh atau Kertih merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong Mahmood menjadi wakil rakyat), Kg Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg Mat Ikal, Kg Lama (Ditepi pantai dihadapan Stesen Minyak ESSO Kerteh, terdapat kubur penduduk Kg Lama yang berpagar ditepi jalanraya), Rasau Kerteh dan KETENGAH JAYA. Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam. Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan Perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu. Asal-usul nama
SempadanSempadan Mukim Kerteh adalah bermula dari selepas Sekolah Men Badrul Alam Shah,Kemasek, sehingga ke persimpangan selepas Kawasan Perindustian Petroleum Petronas. Penduduk AsalPenduduk asal Kerteh adalah dari Kg Telaga Papan hingga Kg Labohan. Penduduk yang mendiami kampung lain kebanyakannya dari pehijrahan ke Kerteh untuk bekerja di Estate Kerteh yang bermula tinggal di Kuala Opis.Kebanyakan penduduk Kuala Opis sekarang telah berpindah ke Kg Baru. Ramai penduduk Kuala Opis adalah berasal dari sekitar Kuala Terengganu dan lain-lain negeri juga. Pantai
Selepas kegiatan petroleum dan gas aktif di Kerteh, bilangan penyu yang mendarat telah berkuranngan dari tahun ke tahun. SejarahAsalnya ramai penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani, dan pekerja buatan tangan. Penangkapan ikan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan rumah sahaja. Mereka hanya menggunakan sampan kolek sahaja ketika menangkap ikan. Tapak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.
Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tapak bagi pembinaan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran paip gas, dan stesen kajicuaca. Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang merentangi sungai tidak ada ketika itu dan kaedah yang harus digunakan ialah berenang.
Sungai
Pautan luar
|