Architecture 101 (juga dikenali sebagai Introduction to Architecture) ialah filem romantis Korea Selatan tahun 2012 arahan Lee Yong-joo.
Filem ini mengisahkan tentang kisah asmara seorang arkitek yang kini berusia 35 tahun bernama Seung-min yang menerima seorang tetamu wanita di pejabatnya. Pada awalnya, Seung-min tidak mengenali wanita tersebut, tapi kemudian dia menyedari wanita itu ialah Seo-yeon. Seo-yeon adalah cinta pertamanya, tapi dia sudah lama tidak melihat Seo-yeon sejak kali pertama berjumpa ketika di sekolah tinggi. Seo-yeon mendatangi Seung-min untuk meminta tolong membina kembali rumahnya yang berada di pulau Jeju.
15 tahun yang lalu, Seung-min adalah seorang pemuda naif yang mula belajar tentang arkitek di sekolah tinggi. Dia pertama kali berjumpa Seo-yeon di dalam kelasnya Arkitek 101. Ketika mereka bekerja untuk sebuah projek kelas bersama-sama, Seung-min dan Seo-yeon mula jatuh cinta. Tetapi kerana salah faham dan orang ketiga akhirnya mereka berdua terpaksa berpisah.
Filem Architecture 101 ditayangkan di Korea Selatan pada 22 Mac 2012 dan selepas itu di Hong Kong pada 22 Oktober 2012.