Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Anuar Abd. Manap

Anuar Abdul Manap
أنور عبدالمناف
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Pemanis
Menyandang jawatan
12 Mac 2022
Didahului olehChong Fat Full
(PNBERSATU)
Majoriti4,187 (2022)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sekijang
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehBaharum Mohamed
(BNUMNO)
Digantikan olehNatrah Ismail
(PHPKR)
Majoriti3,007 (2013)
Maklumat peribadi
Lahir
Anuar bin Abdul Manap

(1976-12-30) 30 Disember 1976 (umur 48)
JohorMalaysia Kg Layang-Layang, Kluang, Johor
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
Muafakat Nasional (MN)
PasanganZaleha Yahya
Anak4
KediamanJohorMalaysia Felda Pemanis 2, Segamat, Johor
PekerjaanAhli politik

Anuar bin Abdul Manap merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN) di Malaysia. Anuar juga pernah menjadi Ahli Parlimen bagi Sekijang di Johor dari 2013 hingga 2018.[1]

Zaman awal

Beliau dilahirkan di Kampung Layang-layang, Kluang, Johor pada 30 Disember 1976. Keluarganya kemudian berpindah ke Felda Pemanis, Segamat, Johor dan beliau dibesarkan di sana.

Pendidikan

Anuar memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah LKTP Felda Pemanis pada tahun 1982. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Segamat pada tahun 1988. Pada tahun 1991, beliau meneruskan pengajian Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat.

Pada tahun 1993, beliau menyertai Sal Group of College bagi mengikuti kursus Diploma dalam Teknologi Maklumat dan seterusnya pada tahun 1995 melanjutkan pengajian ke Universiti Charles Sturt, Australia untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat.

Politik

Dalam Pilihan raya umum 2013 (PRU13), beliau menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Julailey Jemadi dengan majoriti 3,007 undi untuk memenangi kerusi Parlimen Sekijang.

Dalam pilihan raya umum 2018 (PRU14), beliau telah dipilih oleh UMNO sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi DUN Kemelah namun tewas.

Dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, beliau memenangi kerusi Pemanis dengan majoriti sebanyak 4,187 undi.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Zaleha binti Yahya dan Siti Nurasmah binti Osman serta dikurniakan empat orang anak.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[2][3][4][5]
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2013 P141 Sekijang Anuar Abdul Manap (UMNO) 19,934 54.08% Julailey Jemadi (PKR) 16,927 45.92% 37,519 3,007 87.12%
Dewan Undangan Negeri Johor[2][6][7][8]
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2018 N04 Kemelah Anuar Abdul Manap (UMNO) 8,481 42.83% Sulaiman Mohd Nor (AMANAH) 10,836 55.04% 19,687 2,355 84.60%
2022 N03 Pemanis Anuar Abdul Manap (UMNO) 8,678 53.43% Yoong Thau (PKR) 4,491 27.65% 16,241 4,187 54.28%
Uzzair Ismail (BERSATU) 3,825 23.55%
Azita Amrin (PEJUANG) 247 1.52%

Anugerah

Rujukan

  1. ^ MP profile
  2. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  3. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
  9. ^ "Bekas Adun Cheka Ketuai 288 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan". Bernama. 4 Januari 2024. Dicapai pada 29 September 2024.
Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya