America's Next Top Model Musim 7
America's Next Top Model Musim 7 ialah musim ketujuh America's Next Top Model mula ditayangkan pada 20 September 2006 dan berakhir pada 6 Disember 2006 pertama kali ke udara di The CW. Musim ke-7 telah mencapai 5.13 juta orang setiap episod. Destinasi antarabangsa untuk musim ini ialah di Barcelona, Sepanyol. Pemenang untuk musim ini, akan menandatangani kontrak dengan agensi model terkemuka Elite Model Management, kontrak $100,000 bersama CoverGirl cosmetics, dan menjadi penghias muka hadapan kulit majalah serta liputan sebanyak enam muka surat di majalah Seventeen. Pemenangnya CariDee English yang berumur 21 tahun yang berasal dari dari Fargo, North Dakota. PesertaMengikut penyingkiran (umur dicatat mengikut waktu pertandingan)
Rumusan episodThe Girl Who Marks Her TerritoryTarikh disiarkan: 20 September 2006 Musim ini telah dilanjutkan episod kepada dua jam, bermula dengan ujibakat. 33 "peserta separuh akhir" telah dikurangkan kepada 21 gadis yang masuk keperingkat seterusnya. 21 gadis itu telah mengambil bahagian dalam penggambaran foto. Episod kali ini juga memperkenalkan Jaslene Gonzalez, pemennag bagi musim ke-8 , yang gagal untuk menjadi 13 peserta. Setelah 13 gadis yang telah diadili terpilih, mereka telah dihantar untuk cabaran pertujukan dengan menggunakan pakain yang direka oleh Elmer Avenue. 13 peserta itu dikehendaki memilih baju dari 13 model lelaki,untuk dipakai semasa pertunjukan itu. Melrose telah dipilih menjadi pemenang cabaran itu. Dalam rumah fashion magazine-inspired, para peserta terkejut kerana hanya ada 11 katil sahaja yang ada. Monique, tidak dapat memilih katil, telah mengambil katil Eugena dan sengaja menumpahkan air. Hari berikutnya, Tyra telah berlakon menjadi seorang diva dan memberi tugasan model stereotaip yang berlainan untuk dilakukan untuk pengambaran foto.Berikut adalah tugasan yang diberi:
Sifat buruk telah menyebabkan dia berada di dua tangga terbawah tetapi para juri merasakan Christian tiada potensi dan dia dihantar pulang.
The Girl Who Hates Her HairTarikh disiarkan: 27 September 2006 Para peserta telah menukar gaya rambutnya, Megan dan Brooke gembira setelah rambutnya ditukar sementara Monique dan Jaeda sedih kerana rambutnya dipotong. Cabaran minggu ini termasuk bersolek, kepantasan dan pesembahan. Mereka perlu berlumba untuk mengejar masa untuk memastikan mereka pantas dari segi bersolek hingga ke pakaian yang dipilih, sehingga ia berhenti sehingga lif berhenti ke tingkat yang terakhir. Megg tidak sempat untuk menaiki lif semasa memilih barang bersolek dan Monique tersingkir sebelum ke peringkat yang terakhir. Eugena, telah dipilih sebagai CoverGirl oleh Queen Latifah dan juru soleknya, Roxanna Floyd. Pemenang cabaran akan membuat pengambaran foto eksklusif untuk laman web CoverGirl, Eugena telah memilih CariDee dan Jaeda untuk dikongsi. Setelah pulang ke rumah, Monique telah menunjukkan rasa kecewa setelah tersingkir dalam cabaran tadi dengan menggunakan telefon selama tiga setengah jam. Minggu ini, para peserta dikehedaki membuat pengambaran foto dengan tema rambut gila-gila. Megan dan Jaeda gagal mengambil gambar dengan sempurna dan diletakkan di dua terbawah. Akhirnya, Megan adalah peserta kedua meninggalkan pertandingan itu.
The Girl Who Goes To TexasTarikh disiarkan: 4 Oktober 2006 J. Alexander menunjukkan kepada peserta dengan unik ketika berjalan untuk pertunjukan dari atop ½" tali. Hari berikutnya, mereka telah diuji kepakaran berjalan dengan betul, bersama Bre Scullark (dari musim 5) sebagai tetamu. Para peserta dikehendaki berjalan diatas garisan hitang dan memakai topeng mata. Pemenang cabaran ini, AJ, memilih CariDee dan Megg untuk menaiki kapal jet untuk ke Dennis Quaid Charity Weekend Fashion Show bersama peserta musim-musim lepas di Austin, Texas. Selepas itu, peserta dikehendaki berjalan di atas pentas terapung dibawah air tetapi Monique sakit dan dibawa ke hospital. Dia berada ditempat pengambaran tetapi dia memilih untuk pulang ke rumah. Akhirnya, Eugena dan Monique telah berda di dua terbawah. Monique disingkirkan.
The Girl Who Joined the CircusTarikh disiarkan: 11 Oktober 2006 Para peserta telah belajar gaya terhebat dari Stacey McKenzie. Mereka mesti belajar untuk menunjukkan gaya terhebat pada pakaian yang direka oleh Bao Tranchi dan Erica Courtney. Eugena telah dipilih sebagai pemenang dan memenangi kesemua barang kemas yang dipakai semasa cabaran yang berharga $32,000. Sesi penggambaran foto minggu ini ialah bertemakan Sarkas dan mereka telah diberi tugas untuk menjadi seperti berikut:
Semasa pengadilan, Jaeda dan Megg telah ditempatkan di dua terbawah. Megg telah disingkirkan.
The Girl Who Punk'd AshtonTarikh disiarkan: 18 Oktober 2006 Cabarab karpet merah bersama bekas juri, Janice Dickinson meninggalkan peserta untuk menemu ramah. Melrose telah memenangi cabaran ini, dan memberi dia menemu ramah artis pada karpet merah sebagai sebahagian daripada pekerja Entertainment Tonight. Peserta diberi tugasan melakukan sesi pengambaran foto, mereka dikehendaki menjadi pasangan artis popular. Berikut adalah tugasan peserta:
Akhirnya, AJ dan Jaeda berada dalam dua tangga terbawah. Para juri terkejut kerana AJ, peserta yang konsisten telah tersingkir.
The Girl Who GraduatesTarikh disiarkan: 25 Oktober 2006 Tyra memegang kamera dan mengejutkan peserta untuk membuat pengambaran foto gambar hitam putih dengan menunjukkan perasaan marah sambil melakukan aksi seksi. Para peserta perlu melakukan ujian di atas meja makan dari Elite Models diarah oleh Cathy Gould semasa makan malamnya. Melrose memenangi cabarab buat kali ketiga dan membawa Amanda, Michelle, dan Brooke untuk membuat pengambaran foto untuk editor majalah Seventeen sebagai ganjaran. Untuk menguji tentang seksi dan sleazy, Jay Manuel telah bertemu peserta untuk pengambran kali kedua dengan tema novel romantik bersama model lelaki, Fabio. Setiap peserta telah diagihkan tugas masing-masing. Berikut adalah tugas mereka:
Eugena dan Brooke telah ditempatkan di dua tangga terbawah. Akhirnya, Eugena telah terselamat dari tersingkir buat kali kedua sementara Brooke telah disingkirkan pada malam untuk majlis graduasi.
The Girl Who Wrecks the CarTarikh disiarkan: 8 November 2006 Hari berikutnya, para peserta ke pantai untuk berjumpa dengan atlet dan model profesional, Gabrielle Reece untuk mengajar mereka tentang aksi model semasa bermain Bola Tampar. Peserta mendapat lagi pengajaran dari pemandu NASCAR Stanton Barrett untuk cabaran dimana pemenang harus membuat pengambaran foto menggunakan alat kawalan kamera. Michelle telah memenangi cabaran tersebut dan memilih Amanda, CariDee, dan Melrose untuk berkongsi hadiah cabaran. Hadiah cabaran tersebut merupakan cabaran sekali lagi, dimana mereka perlu pantas dan mengambil seberapa banyak pakaian dalam masa 30 saat. Melrose telah berjaya memenangi hadiah yang berharga $10,000 dari baju dan barang kemas. Untuk pengambaran foto minggu ini, para peserta telah menerima tugasan Covergirl mereka, iaitu pengambaran untuk produk terbaru Covergirl , TruBlend whipped foundation, dan mereka harus membuat pengambaran foto diatas space-sirens. Mereka terapung semasa latihan skydiving, dimana kebanyakan peserta sukar melakukannya. Semasa pengadilan, para peserta harus melakonkan watak yang digabungkan dengan verb and adverb yang cabut didalam kotak, termasuk "berenang sambil ketakutan" and "menari secara egresif". Akhirnya, Micchele and anchal berada dalam dua terbawah dan Anchal Disingkirkan.
The Girl Who Breaks DownTarikh Disiarkan : 15 November 2006 Para peserta bertemu dengan pelatih pelakon Tasha Smith di Los Angeles Repertory Company untuk penbelajaran lakonan. Setiap peserta dikehendaki melakukan lakonan sebagai seorang bisu untuk filem senyap. Selepas itu, CariDee telah dipilih sebagai pemenang cabaran, dan dia telah diberi peluang berlakon watak sementara dalam drama The CW "One Tree Hill." Peserta telah mendapat sebuah VHS dan melihat CariDee sebagai pemenang dan Tyra membuat kejutan yang mereka akan ke Barcelona, Sepanyol. Juri
Carta penyingkiran
Statistik musim
|