Action Max
Action Max merupakan salah satu konsol dalam generasi ketiga yang dikeluarkan oleh pengeluar alat permainan kanak-kanak iaitu Worlds of Wonder. Konsol ini menggunakan media VHS bagi kesemua permainan video yang dikeluarkan, namun ianya tidak berkebolehan memainkan media VHS sebaliknya konsol ini perlu disambungkan kepada pemain VHS untuk membaca media VHS[1]. Kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini merupakan genre aksi tembakan dimana pembangun permainan video memanfaatkan pistol pengawal yang didatangkan bersama konsol ini[2].
SpesifikasiKonsol Action Max merupakan konsol 8-bit yang menggunakan media VHS. Namun begitu, konsol ini tidak mampu mengeluarkan output grafik sebaliknya memerlukan pemain VHS untuk memainkan media VHS dan mengeluarkan output grafik ke television[3].
Senarai permainan videoKesemua permainan video dikeluarkan dalam bentuk media VHS dan ianya bergenre aksi tembakan dimana pistol pengawal digunakan untuk menembak dan mendapatkan markah.
Rujukan
|